Thursday, 18 October 2012



LANGKAH 1
Kerja-kerja dalam proses mengambil nira nipah dilakukan dua bulan sebelum nira dapat diambil. Peralatan yang diperlukan hanyalah sebilah pisau atau parang yang tajam.


LANGKAH 2
Sebelum nira nipah dapat diambil, beberapa kerja awal dilakukan dua bulan sebelumnya. Mulanya tandan dan buah nipah yang mencapai tahap matang dipilih. Kulit yang menyaluti batang mayang akan dibuang keseluruhannya.


LANGKAH 3
Batang mayang yang dibuat akan ditendang atau diketuk dan diurut. Pengurutan mayang dibuat bagi memudahkan pengaliran air nira ke hujung mayang.


LANGKAH 4
Selut juga digunakan dengan menyalutnyadi batang mayang supaya pengurutan menjadi mudah dan mayang pun tidak mudah menjadi kering. Kerja ini dibuat sebanyak dua kali sehari selama dua bulan.


LANGKAH 5
Mayang buah akan diikat dengan tali yang diambil dari pelepah supaya ia melentur ke bawah. Setelah proses melengkungkan mayang selesai, hujung mayang dipangkas dengan menggunakan sebilah pisau khas yang tajam.


LANGKAH 6
Sebaik sahaja mayang dipangkas, titisan nira nipah akan mengalir keluar. Tukil diletakkan pada hujung pangkal untuk menahan titisan nira nipah. Tukil ialah bekas menahan titisan nira nipah yang diperbuat daripada ruas batang buluh.


LANGKAH 7
Tukil ditutup dengan menggunakan daun keladi bagi menghalang air hujan masuk. Selain itu, ia juga untuk menghalang lebah dan binatang daripada masuk ke dalam tukil supaya tidak merosakkan nira nipah.


LANGKAH 8
Setelah lima hari, hujung batang mayang akan dicantas sekali lagi. Setelah itu barulah tadahan titisan nira dilakukan. Air nira ditadah dengan menggunakan tukil atau beg plastik yang diikat di hujung mayang.


LANGKAH 9
Setiap kali air nira dikutip, hujung mayang perlu dipotong nipis bagi mengelakkan hujung mayang tersumbat.


LANGKAH 10
Proses mengutipan nira dilakukan empat kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari, petang dan tengah malam. Biasanya nira banyak diperolehi pada waktu pagi dan malam.


LANGKAH 11
Air nira yang dikumpul di dalam buyung atau dibungkus dalam beg plastik bolehlah dijadikan hidangan. Nira perlu disimpan di dalam peti sejuk atau di dalam bekas berais untuk mengelakkan nira menjadi masam. Nira yang bercampur dengan ais amat sedap dan terasa puas apabila diminum.

No comments:

Post a Comment